Ai

Klinik Bergerak manfaat hampir 161,000 penduduk Sabah, Sarawak

Jul 21, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,21 Julai – Hampir 161,000 penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah serta Sarawak menerima manfaat menerusi Perkhidmatan Klinik Bergerak (PKB) yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM).

RINGKASAN BERITA AI

Menurutnya,sehingga kini sebanyak 427 fasiliti kesihatan primer beroperasi di kawasan luar bandar dan pedalaman kedua-dua negeri itu.

“Saya sendiri sedang melaksanakan Inisiatif Jelajah Kesihatan Borneo sejak awal tahun ini bagi menilai secara dekat kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya berada pada tahap optimum,” katanya.

Beliau berkata,jelajah itu merangkumi beberapa lokasi termasuk Tuaran,Putatan dan Penampang di Sabah,selain Kuching,Kota Samarahan,Miri dan Mukah di Sarawak.

Dalam pada itu,Hanifah berkata KKM turut menyediakan perkhidmatan telekonsultasi di 34 Klinik Kesihatan di Sabah dan 48 Klinik Kesihatan di Sarawak.

Langkah itu sebagai sebahagian usaha memperluaskan pendigitalan perkhidmatan kesihatan di kedua-dua negeri.