Ai

Rakan niaga SARA cecah lebih 13,000 premis seluruh negara

Jul 20, 2026 IDOPRESS

Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR,20 Julai – Bilangan rakan niaga bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini mencatatkan lebih 13,000 premis seluruh negara; setakat 15 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI

“Melalui pendekatan ini,penerima bukan sahaja dapat menikmati harga barangan yang lebih murah,tetapi boleh menggunakan MyKad di premis rakan niaga SARA yang kebanyakannya terdiri daripada operator kedai runcit persendirian.

“Selain itu,penetapan rakan niaga SARA turut bergantung kepada bilangan penerima di sesuatu kawasan,termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman,dengan mengambil kira jarak sekurang-kurangnya tujuh kilometer.

“Langkah ini membuka peluang kepada lebih banyak kedai runcit untuk menyertai program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Senator Che Alias Hamid pada persidangan Dewan Negara di Parlimen.

Chin Tong berkata,kerajaan komited memperkukuh jaringan keselamatan sosial bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Jelasnya,menerusi program SARA,lebih 140,000 produk keperluan asas kini boleh diperoleh penerima melibatkan 15 kategori barangan,termasuk makanan,barangan kebersihan diri dan keperluan harian.