
(Gambar fail) Dron yang dilancarkan oleh tentera Iran ke arah sasaran AS di Bahrain dan Kuwait pada 17 Julai 2026/ AFP
TEHRAN,20 Julai- Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa pihaknya menyerang sasaran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait termasuk sistem radar amaran awal yang didakwa “musnah sepenuhnya”,menurut kenyataan yang dilaporkan agensi berita Iran, IRNA.
RINGKASAN BERITA AI
−
IRGC dalam kenyataan itu memaklumkan pasukannya “memusnahkan sepenuhnya” sistem radar amaran awal AS menerusi serangan dron.
Dalam serangan berasingan,IRGC mendakwa turut menyasarkan gudang peralatan dan alat ganti pesawat serta hangar dron MQ-9 di Pangkalan Udara Ali Al Salem yang menyebabkan beberapa dron terbakar.
Bagaimanapun,dakwaan berkenaan belum disahkan secara bebas. – AFP