SAMENTA saran ASEAN perkukuh kerjasama PMKS

Oct 27, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) Datuk William Ng/BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Oktober - Pemimpin ASEAN disaran supaya memperkukuh perdagangan intra-ASEAN menerusi semangat kerjasama bukannya persaingan.

Ini memandangkan perdagangan antara blok itu kekal pada sekitar 20 peratus lebih sedekad lepas.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) Datuk William Ng berkata isu utama bukan semata-mata berkaitan tarif,tetapi rantaian bekalan serantau ketika ini lebih terarah kepada pasaran luar ASEAN.

“Malaysia,selaku pengerusi ASEAN tahun ini,wajar menerajui usaha dalam menilai semula keutamaan ekonomi rantau ini,dengan beralih daripada melindungi pasaran domestik kepada membangunkan industri serantau dan kemakmuran bersama,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berpendapat inisiatif digital ASEAN seperti sistem pembayaran rentas sempadan dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) perlu memastikan penyertaan aktif perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh rantau.

Persatuan itu menggesa ASEAN menilai prestasi ekonomi secara serantau,dengan menumpu pada tahap saling melengkapi antara negara anggota,bukan sekadar angka eksport atau pengeluaran nasional.

Selain itu,SAMENTA menekankan bahawa ASEAN perlu membantu PMKS melangkaui peranannya sebagai pembekal atau pengeluar asal peralatan (OEM) kepada pemilik jenama dan pencipta nilai di dalam dan luar rantau ini.