Ai

Ekonomi digital diunjur sumbang 25.5 peratus kepada KDNK, kata Gobind

Jun 26, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Digital,Gobind Singh Deo berucap pada pelancaran e-dompet MYDINPay di pasar raya besar Mydin hari ini/Foto FB Gobind Singh

SUBANG JAYA,25 Jun - Pemerkasaan digitalisasi dalam kalangan pengguna dan usahawan kecil dan sederhana (SME) berupaya meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara sebanyak 25.5 peratus menjelang tahun 2025.

Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata,ekonomi digital berpotensi besar untuk membantu melonjakkan Malaysia di persada ekonomi dunia.

Justeru,beliau menyeru pemain industri mengadaptasi dan bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi semasa.

Katanya,ini sekali gus bertindak sebagai penyuntik kepada perkembangan ekonomi digital negara.

"Apabila kita ada teknologi baru seperti 5G,apa yang penting adalah kita kena pastikan industri-industri menggunakan teknologi itu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Ia bergantung kepada berapa cepat kita mengguna pakai teknologi dan berapa banyak yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan ekonomi digital kita. Saya percaya ia matlamat yang boleh dicapai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-dompet MYDINPay di pasar raya besar Mydin di sini hari ini.

Sempena pelancaran itu,MYDINPay menawarkan baucar RM5 untuk 1,000 pengguna aplikasi awal pertama dan rebat tunai lima peratus untuk 3,000 pelanggan awal yang berbelanja RM150 atau lebih menggunakan aplikasi itu di mana-mana cawangan MYDIN.

Inisiatif ini juga selaras dengan usaha kerajaan menuju ke arah ekonomi digital.